Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak komited untuk memastikan pesakit kritikal di kawasan luar Kuching menerima perkhidmatan kesihatan pakar di lokasi terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ia dapat dilakukan dengan melaksanakan sistem hibrid iaitu penyumber-luaran pakar swasta untuk berkhidmat di fasiliti kesihatan awam.